Thursday, August 23, 2012

Sembah salam buat semua pengunjung blog "Jerejak 89 " walau di mana kalian berada di muka bumi Allah yang terlalu indah ini. Bertemu dan berpisah adalah dibawah kekuasaannya tuan ampunya makhluk di bumi dan di langit.Sebelum meneruskan bicara sebelum meneruskan renungan moh le kita sama-sama berselawat keatas junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W
Jerejak 89 dilahirkan pada 4 Syawal 1433 bersamaan 22 Ogos 2012 . Jerejak atau pulau Jerejak yang ditubuhkan pada tahun 1969 yang di kenali sebagai PUSAT PEMULIHAN AKHLAK sehingga tahun 1993. Pulau Jerejak ini terletak disebelah kiri Jambatan Pertama Pulau Pinang dari tanah besar menuju ke Pulau asalnya adalah sebuah pusat tahanan Jabatan Penjara Malaysia dan sebelumnya adalah penempatan Pesakit Kusta Malaysia. Mereka-mereka yang terlibat dalam kesalahan di bawah Akta ordinan Darurat Kementerian Dalam Negeri dan Akhta Dadah Merbahaya tahun 1985l langkah-langkah pencegahan Khas akan menjalani hikuman tahanan jangkamasa yang ditetapkan oleh Mahkamah.
Disember 1989 Pengambilan rekrut baru bagi pegawai penjara (Warder)untuk bertugas di Pusat Pemulihan Akhlak Pulau Jerejak Jab. Penjara Malaysia seramai 62 orang telah mendaftarkan diri di pejabat Rekod Pusat Pemulihan tersebut yang ketika itu Tuan Donald Wee sebagai pengarah .Selesai daftar maka setiap orang mempunyai nombor daftar pengenalan diri yang kekal hingga kehari ini bermula pangkal 81XX . Inilah pengambilan terakhir kakitangan Jabatan Penjara untuk ditugaskan di Pulau Jerejak pulau yang penuh kenangan dan sejarahnya yang tersembunyi yang menjadi tandatanya kepada orang awam di luar sana.
Bertemu dan berpisah ketentuan Allah. Pada tahun 1993 Pulau Jerejak telah tamat tempoh perjanjiannya dan harus diserah kembali kepada pemilik iaitu Kerajaan negeri Pulau Pinang untuk diuruskan sebagai pusat pelancungan.Berpisah seluruh warga kerja Pulau Jerejak ke seluruh negara di negeri-negeri yang mempunyai Penjara , Pusat Pemulihan , Sekolah yang di bawah bumbung Jab. Penjara Malaysia. Mahu tidak mahu setiap orang harus akur dengan arahan dari ibu Pejabat Penjara Bukit Wira Kajang Selangor. Ramai anggota di pindahkan ke Penjara Simpang Renggam Johor. Ketika itu penjara Simpang Renggam adalah penjara terbaru di Malaysia.
Bermula dari penutupan Pulau Jerejak ini lah ramai Kakitangan penjara yang berpindah mengambil keputusan melepaskan jawatan yang ditawarkan bertahun-tahun dan mencuba bidang yang baru kerana tidak sanggup berpindah dan sebagainya. Sekitar tahun tersebut gaji kakitangan awam taraf pegawai Rendah penjara hanyalah Sekitar RM 350.00 hingga RM 450.00. Ianya amat ngeri untuk hidup di rantau orang dan Metropolitan. Inilah antara penyebab kapal berlabuh banyak di dalam penjara.
Hari berlalu hari, minggu berlalu minggu , bulan juga telah berlalu, tahun mula berselang-seli . Hanya khabar berita dari hujung-hujung telinga tentang sahabat handai yang tak ubah saudara kandung ini kedengaran. Masyarakat warga kerja Pulau Jerejak mempunyai keuniknya tersendiri. Keakraban antara satu sama lain tidak dapat di dafikan. Kehidupan kami bagai satu keluarga.
Berita kematian para sahabat mula diterima seorang demi seorang. Bagi pangkal 81/89 telah kehilangan 5 orang sehingga tahun 2012 . Mereka yang telah pulang Rahmatullah ialah EN . Mawardi , En Fauzi ,En Jamil, En , Zakuan dan En Tarmizi.Al Fatihah buat semua mereka ini semoga Allah mencucuri Rahmat keatas mereka. Amin.

No comments:

Post a Comment