Thursday, August 23, 2012
4 SYAWAL 1433
Tahun 2012 mengenapkan 19 tahun perpisahan ini berlaku. Bagai semalam baru bermula. Riuh pikuk ketika di ruang asrama berek bujang Kawasan 12 dulu masih tergiang-giang kini segalanya jauh berubah. Masing-masing telah pikul satu amanah yang besar selain dari tugas kini masing-masing mempunyai sebuah keluarga yang besar. 4 Syawal 1433 telah menemukan kami semula dimajlis yang ringkas tapi penuh bermakna.
Izinkan saya terlebih dahulu memperkenalkan siapa saya.
Norrizan Ahmad
No 8175 Gelaran tanya kawan-kawan nanti.
Kenal tak saya? Ini sekitar 1990. Misai tak tahan tu....
Bagaimana Allah menemukan kembali antara kami setelah lebih 19 tahun terpisah.Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya tersendiri. Rammadhan adalah satu bulan di dalamnya penuh dengan Rahmat. Disedia pelbagai kebaikkan , angkat tangan berdoalah pasti Allah memakbulkannya.
Hero melaya paling kecoh untuk 1989 En Zamri 8169 Gelaran (T..) pasti semua mengenalinya... telah menghubungi saya memaklumkan tentang kematian seorang sahabat baik kita EN Tarmizi 8160 . Terasa sedih dihati tentang berita ini dan meluahkan hasrat pada Zamri agar perjumpaan harus dibuat kerana rasa terlalu rindu sangat dengan kawan-kawan dan dengan perjumpaan nanti dapat kiranya merangka beberapa aktivi bagi tujuan kebajikan yang dapat membantu sesama kita yang memerlukan bantuan.
Dapatkah kita jayakan pertemuan ini.?
Mungkin sukar ... saya tak banyak no telepon yang ada antara kawan-kawan lama ini. Saya cuba hubungi Wan Fesol 8179 dan memaklumkan berita tentang kematian EN Tarmizi.
Beliau menyatakan sudah mengetahuinya dan terlupa memaklum pada saya. Saya juga menyatakan hasrat untuk perjumpaan ini dan beliau amat bersetuju. Beliau hubungi En Zamri tah apa yang di bincangkan saya pun tak tahu.... petang raya saya terima SMS dari Wan Fesol perjumpaan akan dibuat di Sungai Petani iaitu di Restoran Makbul.
Saya setuju Sahaja.
Ramai ka yang akan datang.... Saya letak sasaran paling ramai 8 orang. Ok lak tu...
untuk pertemuan yang julung kali ini biarlah berapa pun janji dapat jumpa.Saya cuma hubungi beberapa orang sahaja.
Rammadhan melabuh tirainya dengan terbenam mentari hari sabtu 18 Ogos . Dalam kekalutan berbuka buat kali terakhir Rammadhan kali ini terlupa akan program diatur.
Pada pemikiran saya pertemuan ini besar kemungkinan tidak dapat sambutan. Hanya segelintir sahaja. Selepas berhari Raya pada malamnya saya bertolak ke Raub Pahang untuk berhariraya sebelah mentua pula. Dari Raub saya cuba hubungi En Zamri bagi memastikan kehadiran dari maklumbalas kawan-kawan. Dengan penuh yakin belau cakap 20 orang akan hadir. Tapi hati saya masih kurang yakin. Tapi jika benar 20 orang akan hadir pasti tidak muat Restoran Makbul.
Tempat perjumpaan telah menjadi masalah ... saya baru sampai di Raub Pahang. Tempat belum dapat kata putus. AJK sementara yang terlantik hanya 3 orang. Hati ini terlalu rindu nak jumpa kawan-kawan yang telah 19 tahun berpisah. Rindunya nak jumpa air mata keluar tanpa disedari... serius. "bestnya kalau jadi... kalau semua datang" terbayang sorang demi sorang muka kawan-kawan. Tuhan saja tahu ketika saya melayan perasaan mengimbas kenangan di Pulau Jerejak pada petang 2 Syawal.Masa tu memandu sorang diri keluar Raub. Hubungi En Zamri sekali lagi untuk kepastian kehadiran. Demi kawan-kawan bersatu semula saya rela balik semula ke Kedah walau baru semalam berada dirumah Mentua.
Saya cuba selesaikan masalah tempat dengan menawarkan perjumpaan ini dibuat di Gurun. Saya akan balik pada pagi 3 Syawal.Sebelum bertolak balik saya sempat pergi kepenjara Bentong untuk mencari En Romzi 8168 bagi menyatakan program yang akan dibuat. Beliau bertugas tidak dapat berjumpa hanya sempat berbual melalui telepon di Pintu Utama Penjara.Beliau tidak dapat hadir kerana bertugas.
Kebetulan saya mempunyai sebuah kilang memproses makanan dimana dihadapan premis saya tu agak luas. Hubung Zamri dan Wan Fesol agar sampaikan pada kawan-kawan tentang tempat.Kilang saya terletak bersebelahan Tol Gurun memudahkan kawan-kawan datang.
Minta tolong adik dirikan khemah 20x20 meja 10 buah kerusi 40 buah. Tak tahulah berapa orang nak datang. 4 Syawal banyak dah balik untuk bertugas. Tunggu dan lihat.
Pergi pasar seawal pagi cari bahan nak masak... Dalam kepala yang paling mudah goreng mee ngan koteow.. Pergi Tesco Cari Ayam dan Nugget dan kentang goreng..
Jam berlalu terlalu Pantas .. walaubagaimanapun persediaan berjalan seperti yang dirancang. Juadah ringkas yang disediakan mi goreng, koteow goreng,nugget,kentang,kuih raya,lemang dan buah-buahan sebagai pencuci mulut.
Kawan pertama yang sampai En Mat Saad 8190 (cik Sani jr) di ikuti En Sukeri 8185 , Wan Fesol 8179.Hati ni masih bedebar-debar..... ada ka lagi kawan-kawan yang akan hadir.. 2.30 petang adalah waktu yang dijanjikan.. Pukul 3.00 belum ramai...
Manusia hanya merancang Allah juga merancang tetapi rancangan Allah yang terbaik. Apa yang berlaku akhirnya. Berkat doa serta impian yang baik di bulan penuh berkat yakni Rammadhan dengan keizinan dari Allah segala berlaku seperti yang dipohon. Bersyukur tiada terhingga apa yang berlaku 4 syawal ini sesuatu luar jangkaan kami berhimpun kembali seperti tahun 1989 dengan pelukan rindu antara satu sama lain penuh kasih sayang . Inilah kebesaran mu Ya Allah inilah keberkatan bulan mu ya Allah. Kami tidak mampu tanpa izin mu. Ya Allah Kau lah yang membalik-balik hati manusia.Kau telah buka hati kami semua dalam sebuah kasih sayang maka kami berhimpun. Dari jauh kawan-kawan kami datang hanya untuk sebuah pertemuan yang penuh bermakna. Kami lupa semua persengketaan lalu kami berjumpa dengan penuh gembira yang tak dapat di mana-mana.
Kegembiraan ini disaksikan oleh isteri dan anak-anak yang hadir. Riuh rendah sehingga terlupa nak makan . Dalam keriuhan ini berlansung masih ada kawan yang tidak mahu melepas peluang ini mengharap kami tidak pulang agar menunggu beliau datang.Dia kawan wanita tunggal yang hadir hari ini. Puan Sharifah bersama tiga orang anak-anaknya.Kelewatannya kerana jalan sesak disemua laluan. Walaubagaimanapun beliau selamat sampai. Kawan terakhir sampai ialah Wan Azudin 8173 kini bertugas di JPJ Wangsa Maju. Hampir 6.30 petang baru sampai bertolak dari bandar baharu Penang.
Perubahan yang amat ketara selepas 19 tahun tak jumpa . Ada diantara kami dah terlupa nama. Adehhhhhhhhhhhhh... best nya. Tolong email gambar pada saya kalau ada yang tahun 1989 dan seterusnya.
Mazlan Ahmad ( Lan Tak Boroy) 8137 seluruh melaya kenal , Basri 8158 Kini taukey Chalet Langkawi and Jamil 8164 cikgu kat Sanglang
Wan Azudin 8173 ... paling terakhir sampai... tua dah ........ tapi masih hencem
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment