hayyy orang-orang kampung..... saya tengah buat ucapan ringkas berhubung perjumpaan.. tak ada tokoh langsung nak jadi tok sidang.... pergggggg!!!! kemaih sungguh masa ni... jangan sapa dok kata apa.... silap-silap kena tembak gitu saja... masa dulu tengok memang kemaih sungguh gambar ni... la tengok macam rajalawak musim ke 7 la... hehehehe... Bukit Kepong ... Kalau tak silap pada ingatan saya yang tak berapa nak ok dah ni... cikgu yang melatih kita cikgu Nasarudin , Cikgu yan , cikgu Din , Cikgu Ibrahim Dagu , Sjn Karia , En. Din Prof , En Rahim Org Kaya , encik mana lagi ekk... apa pun mereka ni semua pelakon terbaik..semua watak depa bawa.. Tepi laut depan bilik kawalan... saat paling boring dalam hidup.... tapi mula mengenal erti disiplin .. Angkat senjata.... 5 butir 1 kelopak sasaran dihadapan tenang.... tak jadi tembak ... turun senjata.. arahan boring.... baguih punya dok tenang last tak jadi.... Tuuuuu..... aim apa tak tau la..... masa ni tak tembak lagi... senjata kalau tak salah pump gun. dok nanti nak kena sepak kat muka ngan udi dia... ingat tak last menembak depa pakat lepas gas pedih mata... pengalaman pertama rasa betapa pedihnya gas ni.... la ni selalu dah dok kena..
Wednesday, September 5, 2012
Nama kawan-kawan kita....
Salam buat semua...
Jumpa lagi kita...
Saya senaraikan nama dan contact no kawan-kawan ... semoga lepas ni kita akan terus saling berhubung dan mengeratkan lagi hubungan sesama kita kerana Allah.Insyaallah
Tapi sebelum tu tengok gambar ni dulu.....
Macam cina yang British bawa masuk malaya untuk lombong timah kat Perak yang Long Jaafar jumpa...
Sebelah zamri tu... sapa ya.... awie ka sapa ... ?
8181 Mohd Shukri Md Saad 013 4029586
8191 Ismail Bahari 017 5034887
8190 Mat Saad Yaakop 013 4707876
8179 Wan Fesol Hamid 019 4765242
8137 Mazlan Ahmad 013 4652819
8185 Sukeri Jamaludin 019 4457930
8205 Azizan Zakaria 019 5048556 / 016 4830320
8201 Che Hassan Ariffin 019 4589538
8147 Zakaria Abd Majid 012 5141236
8233 Mohamad Nasri Ghazali 012 4758153
8188 Johari Ariz 019 5592310
9305 Abd Halim Abd Hamid 013 7015039
81xx Yusmadi Daud 019 5925896
8178 Nozari Abu Bakar 019 4716160
8187 Muhamad Fisol Mad Khir 013 4896177
8162 Zainal Ariffin 019 4745497
8166 Mohd Yusni Yusoff 016 7424366
8158 Ahmad Basri Din 012 4882395
9300 Mahadzir Bakar 013 4550464
8172 Sobri Hj Yaakob 019 4272788
hehehehe... control hensem out... paling lawa dalam hidup masa ni... masa di gaji mula pun belum dapat... kesiaannn
kalau tak silap teman..... dari kanan Adam,Men cina , Zamri teng.., sebelah tu memang tak cam... yang berdiri tu tak lain tak bukan Nan Slow...... Lokasi tak tau tang mana tapi baru lepas kawat rasanya....
8235 Mohammad Sabri 019 6115173
8232 Nazri Putih 012 6954516
8164 Jamil Md Yusuf 012 4072010
8150 Mohd Haziruddin 019 7499191
Wednesday, August 29, 2012
1989
Sori wat kawan kawan yang dok tunggu post no phone kawan-kawan .. tak dan sungguh sari dua ni ... dia kalut la...
Saya cuba postkan no tu secepat mungkin... tapi pagi ni belom lagi ler yer..
Cerita pasai perjumpaan 4 Syawal 1433 hari tu mungkin belum habis antara kita ... teruja out... 19 tahun lebih tak bersua muka.. tak ada bahasa tiada kata untuk diucap seketika... kelu lidah berkata-kata.. bukan pasai apa... masa dok on the way mai kemajlis tu dalam kepala dok set dah muka kawan-kawan tapi bila jumpa semua dah tak sama dengan memori card dalam kepala..
Dulu nala punya boroi,.. la dah solid molid.... dulu solid molid la dah semacam punya bulat... dulu hitam legam la semua pakat putih habis dah yang kat atas kepala tu... yang langsung tak ada pun ada juga.
Dulu bergelak bergurau sorang diri... tapi hari tu sama juga macam 19 tahun dulu... sampai tak dan nak wat ucapan... bercerita sambil bekutuk hang aku... sebiji macam time bujang dulu gak... anak bini sampai ternganga.... yang tak tahan tu gelaran masing-masing yang masih diguna pakai sampai kesaat ini. kalau tak.. kompom tak meriah..
Best kan gelaran kita.... review sikit antara gelaran yang ada.... Tengkorak, bo roy , kancing gigi , conggo , burung sejuk , kerbau , jambu , tetek (lucah tu) , Beliak ( 2Penyandang),Lena , Slow , Pedu , Mamali , Baling , cik sani jr , Sentementel , labu , boya , gajah , 2 paku , pungkok besar , pelet , patan dan berbagai lagi sampai lupa dah setengah... anak-anak pening dengan gelaran ayah-ayah.. tapi itulah buat orang kenal kita hingga saat ini.
Tapi dalam keriuhan kita dapat bertemu dan berhimpun semula tapi ada juga kawan - kawan yang tak hirau langsung tentang pertemuan yang boleh diangap bersejarah juga lah.. terlalu ringkas mengantur rancangan tapi berjaya juga akhirnya dengan kerjasama kawan-kawan .
Terima kasih sangat-sangat pada mereka-mereka yang sangup hadir ruang masa , korban masa bersama keluarga , bertukar waktu kerja demi sebuah pertemuan . Tapi ada juga yang tak dapat datang tapi mengirim salam... ok ler tu.. Ingatkan gagal tapi berkat Ramadhan alhamdulillah. tapi ada juga yang langsung tak ambil peduli apa yang kita rancangkan ini... Mungkin mereka antara jutawan yang telah kaya raya agaknya.. Takut kita minta duit kat depa sebab tu depa sampai takut nak sertai,,,, Yang mana hadir hari tu semua fakir,,,, Doalah kita jangan kaya sangat takut lupa kawan-kawan..
Biar Fakir macam kita tak takut jumpa kawan-kawan....
Tapi kira ok la tu kan... satu permulaan yang baik... sapa ada ilham lepas ni rasa nak buat apa yang patut sila kemukakan ... mana lah tahu kita boleh susun atur.. Allah izin insyaallah jadi..
Gambar yang saya siarkan ini adalah ehsan dari En Wan Fesol (wan bros) Sesapa ada gambar lama-lama email le kat saya untuk nak muat turun dalam blog.
Mata ngantuk tak dan nak upload gambar rasanya.. kalau tak dan nanti-nanti ler yer.
Dari Kiri Mohd Hazirudin 8150 Penjara Smpg Renggam . Tel 019 7499191
Abdul Rahim Ahmad 8149 Tel : 019 5662456
Yusmadi Sg Petani Tel: 019 5925896
Meriah sungguh... Tak bermimpi langsung dapat sambutan sebegini rupa.. Cadang mula nak jumpa kawan-kawan saja... keluarga perjumpaan kali ke2. Tapi yang pertama pun dah meriah dah..Majlis macam nak sambut menantu tu..
Mentang-mentang cikgu.... dok tang mana pun kira nak menulis saja.... Ingat tak nama hero malaya 89 ni.. 8164 En Jamil Md Yusof Tel : 0124072010 Air Hitam Alor Setar
Apa yang dok bincang tah le... berbagai - bagai ragam ...
berjumpa lagi kite.... rajin-rajin ler layari blog ni... saya akan upload dari masa kesemasa. mata ngantuk dah.... jumpa lagi nnti.
Friday, August 24, 2012
Kenal tak sapa kat gambar tu...... nasib masa kita pakai seluar panjang. Bayang Rafi 8176 jaga kat gate tu.... seluar pendek...
Sekarang sudah berubah..... sedih ... pemerintah buta sejarah. Tamak kemajuan demi kekayaan individu sejarah dilenyapkan dari bumi Malaysia...
Hampa tengok apa dah jadi dengan tempat tidur kita dulu...Ni kawasan 12 .. kerusi tempat zamri angkat berat masih kekal seperti dulu.
Ni jeti yang kat depan office. sedih ... habis dah roboh..kat mana agaknya hantu jeti di lari.
Sapa tau ni tang mana.... Ni la PLJ ... Saya rasa kat kem Wanita... betol ka?
Saya rasa ni Dapur... Pos belakang ni saya kena ngusik ngan hantu cakar dinding... masa tu bertugas ngan wahab B. kat mana Wahab B sekarang ni yer..nampak macam kawasan 13 pun ada gak... tempat tido group 73/78... sapa leh agak blok mana ni..??
Pandangan dari atas ... agak-agak dari pos mana gambar ni di ambil... Rasa dari rumah Acai kat atas bukit. Acai ambil gambar ni rasanya. hehehehe. sori tuan .. gurau
Thursday, August 23, 2012
Sembah salam buat semua pengunjung blog "Jerejak 89 " walau di mana kalian berada di muka bumi Allah yang terlalu indah ini. Bertemu dan berpisah adalah dibawah kekuasaannya tuan ampunya makhluk di bumi dan di langit.Sebelum meneruskan bicara sebelum meneruskan renungan moh le kita sama-sama berselawat keatas junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W
Jerejak 89 dilahirkan pada 4 Syawal 1433 bersamaan 22 Ogos 2012 . Jerejak atau pulau Jerejak yang ditubuhkan pada tahun 1969 yang di kenali sebagai PUSAT PEMULIHAN AKHLAK sehingga tahun 1993. Pulau Jerejak ini terletak disebelah kiri Jambatan Pertama Pulau Pinang dari tanah besar menuju ke Pulau asalnya adalah sebuah pusat tahanan Jabatan Penjara Malaysia dan sebelumnya adalah penempatan Pesakit Kusta Malaysia. Mereka-mereka yang terlibat dalam kesalahan di bawah Akta ordinan Darurat Kementerian Dalam Negeri dan Akhta Dadah Merbahaya tahun 1985l langkah-langkah pencegahan Khas akan menjalani hikuman tahanan jangkamasa yang ditetapkan oleh Mahkamah.
Disember 1989 Pengambilan rekrut baru bagi pegawai penjara (Warder)untuk bertugas di Pusat Pemulihan Akhlak Pulau Jerejak Jab. Penjara Malaysia seramai 62 orang telah mendaftarkan diri di pejabat Rekod Pusat Pemulihan tersebut yang ketika itu Tuan Donald Wee sebagai pengarah .Selesai daftar maka setiap orang mempunyai nombor daftar pengenalan diri yang kekal hingga kehari ini bermula pangkal 81XX . Inilah pengambilan terakhir kakitangan Jabatan Penjara untuk ditugaskan di Pulau Jerejak pulau yang penuh kenangan dan sejarahnya yang tersembunyi yang menjadi tandatanya kepada orang awam di luar sana.
Bertemu dan berpisah ketentuan Allah. Pada tahun 1993 Pulau Jerejak telah tamat tempoh perjanjiannya dan harus diserah kembali kepada pemilik iaitu Kerajaan negeri Pulau Pinang untuk diuruskan sebagai pusat pelancungan.Berpisah seluruh warga kerja Pulau Jerejak ke seluruh negara di negeri-negeri yang mempunyai Penjara , Pusat Pemulihan , Sekolah yang di bawah bumbung Jab. Penjara Malaysia.
Mahu tidak mahu setiap orang harus akur dengan arahan dari ibu Pejabat Penjara Bukit Wira Kajang Selangor. Ramai anggota di pindahkan ke Penjara Simpang Renggam Johor. Ketika itu penjara Simpang Renggam adalah penjara terbaru di Malaysia.
Bermula dari penutupan Pulau Jerejak ini lah ramai Kakitangan penjara yang berpindah mengambil keputusan melepaskan jawatan yang ditawarkan bertahun-tahun dan mencuba bidang yang baru kerana tidak sanggup berpindah dan sebagainya. Sekitar tahun tersebut gaji kakitangan awam taraf pegawai Rendah penjara hanyalah Sekitar RM 350.00 hingga RM 450.00. Ianya amat ngeri untuk hidup di rantau orang dan Metropolitan.
Inilah antara penyebab kapal berlabuh banyak di dalam penjara.
Hari berlalu hari, minggu berlalu minggu , bulan juga telah berlalu, tahun mula berselang-seli . Hanya khabar berita dari hujung-hujung telinga tentang sahabat handai yang tak ubah saudara kandung ini kedengaran. Masyarakat warga kerja Pulau Jerejak mempunyai keuniknya tersendiri. Keakraban antara satu sama lain tidak dapat di dafikan. Kehidupan kami bagai satu keluarga.
Berita kematian para sahabat mula diterima seorang demi seorang. Bagi pangkal 81/89 telah kehilangan 5 orang sehingga tahun 2012 . Mereka yang telah pulang Rahmatullah ialah EN . Mawardi , En Fauzi ,En Jamil, En , Zakuan dan En Tarmizi.Al Fatihah buat semua mereka ini semoga Allah mencucuri Rahmat keatas mereka. Amin.
4 SYAWAL 1433
Tahun 2012 mengenapkan 19 tahun perpisahan ini berlaku. Bagai semalam baru bermula. Riuh pikuk ketika di ruang asrama berek bujang Kawasan 12 dulu masih tergiang-giang kini segalanya jauh berubah. Masing-masing telah pikul satu amanah yang besar selain dari tugas kini masing-masing mempunyai sebuah keluarga yang besar. 4 Syawal 1433 telah menemukan kami semula dimajlis yang ringkas tapi penuh bermakna.
Izinkan saya terlebih dahulu memperkenalkan siapa saya.
Norrizan Ahmad
No 8175 Gelaran tanya kawan-kawan nanti.
Kenal tak saya? Ini sekitar 1990. Misai tak tahan tu....
Bagaimana Allah menemukan kembali antara kami setelah lebih 19 tahun terpisah.Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya tersendiri. Rammadhan adalah satu bulan di dalamnya penuh dengan Rahmat. Disedia pelbagai kebaikkan , angkat tangan berdoalah pasti Allah memakbulkannya.
Hero melaya paling kecoh untuk 1989 En Zamri 8169 Gelaran (T..) pasti semua mengenalinya... telah menghubungi saya memaklumkan tentang kematian seorang sahabat baik kita EN Tarmizi 8160 . Terasa sedih dihati tentang berita ini dan meluahkan hasrat pada Zamri agar perjumpaan harus dibuat kerana rasa terlalu rindu sangat dengan kawan-kawan dan dengan perjumpaan nanti dapat kiranya merangka beberapa aktivi bagi tujuan kebajikan yang dapat membantu sesama kita yang memerlukan bantuan.
Dapatkah kita jayakan pertemuan ini.?
Mungkin sukar ... saya tak banyak no telepon yang ada antara kawan-kawan lama ini. Saya cuba hubungi Wan Fesol 8179 dan memaklumkan berita tentang kematian EN Tarmizi.
Beliau menyatakan sudah mengetahuinya dan terlupa memaklum pada saya. Saya juga menyatakan hasrat untuk perjumpaan ini dan beliau amat bersetuju. Beliau hubungi En Zamri tah apa yang di bincangkan saya pun tak tahu.... petang raya saya terima SMS dari Wan Fesol perjumpaan akan dibuat di Sungai Petani iaitu di Restoran Makbul.
Saya setuju Sahaja.
Ramai ka yang akan datang.... Saya letak sasaran paling ramai 8 orang. Ok lak tu...
untuk pertemuan yang julung kali ini biarlah berapa pun janji dapat jumpa.Saya cuma hubungi beberapa orang sahaja.
Rammadhan melabuh tirainya dengan terbenam mentari hari sabtu 18 Ogos . Dalam kekalutan berbuka buat kali terakhir Rammadhan kali ini terlupa akan program diatur.
Pada pemikiran saya pertemuan ini besar kemungkinan tidak dapat sambutan. Hanya segelintir sahaja. Selepas berhari Raya pada malamnya saya bertolak ke Raub Pahang untuk berhariraya sebelah mentua pula. Dari Raub saya cuba hubungi En Zamri bagi memastikan kehadiran dari maklumbalas kawan-kawan. Dengan penuh yakin belau cakap 20 orang akan hadir. Tapi hati saya masih kurang yakin. Tapi jika benar 20 orang akan hadir pasti tidak muat Restoran Makbul.
Tempat perjumpaan telah menjadi masalah ... saya baru sampai di Raub Pahang. Tempat belum dapat kata putus. AJK sementara yang terlantik hanya 3 orang. Hati ini terlalu rindu nak jumpa kawan-kawan yang telah 19 tahun berpisah. Rindunya nak jumpa air mata keluar tanpa disedari... serius. "bestnya kalau jadi... kalau semua datang" terbayang sorang demi sorang muka kawan-kawan. Tuhan saja tahu ketika saya melayan perasaan mengimbas kenangan di Pulau Jerejak pada petang 2 Syawal.Masa tu memandu sorang diri keluar Raub. Hubungi En Zamri sekali lagi untuk kepastian kehadiran. Demi kawan-kawan bersatu semula saya rela balik semula ke Kedah walau baru semalam berada dirumah Mentua.
Saya cuba selesaikan masalah tempat dengan menawarkan perjumpaan ini dibuat di Gurun. Saya akan balik pada pagi 3 Syawal.Sebelum bertolak balik saya sempat pergi kepenjara Bentong untuk mencari En Romzi 8168 bagi menyatakan program yang akan dibuat. Beliau bertugas tidak dapat berjumpa hanya sempat berbual melalui telepon di Pintu Utama Penjara.Beliau tidak dapat hadir kerana bertugas.
Kebetulan saya mempunyai sebuah kilang memproses makanan dimana dihadapan premis saya tu agak luas. Hubung Zamri dan Wan Fesol agar sampaikan pada kawan-kawan tentang tempat.Kilang saya terletak bersebelahan Tol Gurun memudahkan kawan-kawan datang.
Minta tolong adik dirikan khemah 20x20 meja 10 buah kerusi 40 buah. Tak tahulah berapa orang nak datang. 4 Syawal banyak dah balik untuk bertugas. Tunggu dan lihat.
Pergi pasar seawal pagi cari bahan nak masak... Dalam kepala yang paling mudah goreng mee ngan koteow.. Pergi Tesco Cari Ayam dan Nugget dan kentang goreng..
Jam berlalu terlalu Pantas .. walaubagaimanapun persediaan berjalan seperti yang dirancang. Juadah ringkas yang disediakan mi goreng, koteow goreng,nugget,kentang,kuih raya,lemang dan buah-buahan sebagai pencuci mulut.
Kawan pertama yang sampai En Mat Saad 8190 (cik Sani jr) di ikuti En Sukeri 8185 , Wan Fesol 8179.Hati ni masih bedebar-debar..... ada ka lagi kawan-kawan yang akan hadir.. 2.30 petang adalah waktu yang dijanjikan.. Pukul 3.00 belum ramai...
Manusia hanya merancang Allah juga merancang tetapi rancangan Allah yang terbaik. Apa yang berlaku akhirnya. Berkat doa serta impian yang baik di bulan penuh berkat yakni Rammadhan dengan keizinan dari Allah segala berlaku seperti yang dipohon. Bersyukur tiada terhingga apa yang berlaku 4 syawal ini sesuatu luar jangkaan kami berhimpun kembali seperti tahun 1989 dengan pelukan rindu antara satu sama lain penuh kasih sayang . Inilah kebesaran mu Ya Allah inilah keberkatan bulan mu ya Allah. Kami tidak mampu tanpa izin mu. Ya Allah Kau lah yang membalik-balik hati manusia.Kau telah buka hati kami semua dalam sebuah kasih sayang maka kami berhimpun. Dari jauh kawan-kawan kami datang hanya untuk sebuah pertemuan yang penuh bermakna. Kami lupa semua persengketaan lalu kami berjumpa dengan penuh gembira yang tak dapat di mana-mana.
Kegembiraan ini disaksikan oleh isteri dan anak-anak yang hadir. Riuh rendah sehingga terlupa nak makan . Dalam keriuhan ini berlansung masih ada kawan yang tidak mahu melepas peluang ini mengharap kami tidak pulang agar menunggu beliau datang.Dia kawan wanita tunggal yang hadir hari ini. Puan Sharifah bersama tiga orang anak-anaknya.Kelewatannya kerana jalan sesak disemua laluan. Walaubagaimanapun beliau selamat sampai. Kawan terakhir sampai ialah Wan Azudin 8173 kini bertugas di JPJ Wangsa Maju. Hampir 6.30 petang baru sampai bertolak dari bandar baharu Penang.
Perubahan yang amat ketara selepas 19 tahun tak jumpa . Ada diantara kami dah terlupa nama. Adehhhhhhhhhhhhh... best nya. Tolong email gambar pada saya kalau ada yang tahun 1989 dan seterusnya.
Mazlan Ahmad ( Lan Tak Boroy) 8137 seluruh melaya kenal , Basri 8158 Kini taukey Chalet Langkawi and Jamil 8164 cikgu kat Sanglang
Wan Azudin 8173 ... paling terakhir sampai... tua dah ........ tapi masih hencem
Subscribe to:
Posts (Atom)